Monday, July 15, 2013

Bagaimana Teguran Allah

Sebenarnya kehidupan di dunia ini adalah melalui ujian, 24 jam kita diuji, tanpa kita sedari setiap  gerak geri ,patah  perkataan yang keluar dari minda dan mulut kita adalah ujian Allah.
Seumpama CCTV ciptaan manusia, tika ada bateri atau arus elektrik maka dia akan merakam segala imej yang melalui di hadapannya. Itu hanya cctv  sahaja, tetapi Allah maha melitupi segalanya dari atas kebawah, kiri hingga kanan, dari nampak kepada tidak nampak, zahir kepada batin....Maha mengetahuinya Allah kepada kita hambanya yang tidak mempunyai sebarang kelebihan malah segala milik Allah, kadang kita mengakui itu kita punya,ini kita punya,semua milik kita ...cuba kita renung kejap, insaf kejap dan hayati kejap
nanti kita meninggal dunia adakah kita bawa semua itu masuk bersama ke kubur tempat rehat kita..tidak sama sekali,itulah namanya pinjaman ....hukumnya kena pulangkan.
Ya bagaimana Allah tegur kita, ..
Sama ada  kita, Allah uji dengan  kaya atau pun susah adalah suatu bentuk perjalanan yang harus kita redah,harungi dan telan. Contohnya kekayaan adalah suatu benda yang mana Allah hendak mengetahui sama ada kita pandai mengunakannya ataupun sebaliknya,Maka kita pun menikmati kekayaan itu dengan sabaik mungkin, ada yang suka bersedekah ada pula yang tak habis-habis mencari lagi kekayaan demi kekayaan. Jesteru  itu Allah yang tengah perhatikan kita ni, cuba tegur kita. Walaupun baik kita guna nikmat kekayaan itu ataupun tidak tetap Allah perhati dan Dia ingin kita tahu bahawa kita diperhatikannya. Lalu Allah tegur kita contohnya sambil berjalan tersepak batu,terus mulut kita mengucapkan ya Allah..Gembiranya Allah mendengar kita mengingatinya.

No comments:

Post a Comment